Samsung Akan Memperlihatkan Projek Meliputi Kanak-Kanak Dan Penjagaan Kulit Pada CES 2017
Dibawah Samsung Electronics, terdapat sebuah bahagian khusus dinamakan Samsung Creative Lab yang memfokuskan kepada mengalakkan pekerja Samsung untuk hadir dengan pelbagai idea inovatif. Pelbagai idea telah diperlihatkan sebelum ini, dan pada CES 2017 kelak, Samsung akan memperlihatkan tiga idea dan produk baru lagi daripada Creative Lab.
Tiga idea kali ini meliputi Tag+ yang menambah ciri-ciri tambahan pada permainan kanak-kanak, S-Skin yang merupakan produk analisa dan penjagaan kulit, dan akhir sekali adalah Lumini yang merupakan sebuah peranti untuk mengenal-pasti masalah kulit.
Tag+ merupakan sebuah peranti berbentuk sebuah butang yang boleh dipasang pada sebarang permainan kanak-kanak, dan mengawalnya menggunakan peranti khusus. Ini sekaligus membolehkan kanak-kanak kekal meminati permainan mereka tanpa merasa bosan terhadapnya. Daripada video yang dipertontonkan, ia dilihat seumpama Lego yang membolehkan kanak-kanak membina apa yang diminati mereka melaluinya.
S-Skin pula merupakan salah satu penyelesaian mudah untuk memudahkan pengguna membuat analisa berkaitan keadaan kulit mereka. Data berkaitan disimpan pada aplikasi di telefon pintar bagi memudahkan pengguna membuat pemantaun dari masa ke semasa.
Akhir sekali, Lumini adalah sebuah peranti mudah-alih yang membolehkan anda mengenal-pasti sesuatu masalah kulit sebelum ia berlaku. Pengguna hanya perlu merakamkan gambar menggunakan Lumini, dan ia akan membuat analisa menggunakan algoritma tersendiri, selain mencadangkan pengguna dengan produk kosmetik yang bersesuaian.
Ketiga-tiga produk ini bakal diperlihatkan oleh Samsung pada acara CES 2017 yang akan berlangsung pada minggu pertama Januari 2017 ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hGSYxO
Post a Comment