Gaji Tim Cook Dipotong Kerana Apple Gagal Mencapai Sasaran Jualan 2016
Jatuh bangun sesuatu syarikat bergantung kepada kepintaran barisan pengurusan. Tahun lalu buat pertama kalinya Apple mencatatkan penurunan keuntungan dalam masa lima belas tahun. Pasaran yang semakin sengit dan jualan Apple yang merudum menjadi faktor kepada penurunan ini. Kerana kegagalan mencapai sasaran jualan 2016, Tim Cook terpaksa akur apabila gaji beliau dipotong tahun lalu.
Menurut laporan CNN, Tim Cook menerima bayaran sebanyak $8.5 Juta (~RM 38 Juta) tahun lalu berbanding $10 Juta (~RM 44.7 Juta) tahun sebelumnya. Apple mencatatkan keuntungan sebanyak $60 Billion (~RM 268 Billion) tetapi ini di bawah sasaran asal $60.3 Billion (~RM 270 Billion). Kegagalan hanya sebesar 0.5% ini menyebabkan Tim Cook kehilangan 15% pendapatan tahunan.
Tahun 2017 turut dijangka akan menjadi tahun yang mencabar buat Apple. Penghasilan iPhone 7 terpaksa dikurangkan 10% kerana permintaan yang berkurangan untuk suku pertama 2017. Diharap dengan gaji yang telah dipotong, Tim Cook akan berusaha untuk mengembalikan kegemilangan jenama Apple.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jlcXXg
Post a Comment