Kemaskini Antaramuka Akan Datang Untuk Windows 10 Tertiris
Sejak pengenalan Windows 10, pihak Microsoft telah menawarkan kemaskini demi kemaskini baru yang menambah pelbagai ciri-ciri baru, disamping menawarkan kemaskini pada antaramuka. Kini, Microsoft dilihat sedang membangunkan lagi satu kemaskini antaramuka baru untuk Windows 10, dikenali sebagai Project NEON.
Project NEON ini dikatakan hanya kemaskini kecil pada antaramuka – dimana ia memfokuskan kepada penawaran animasi ketika menggunakan pelbagai fungsi pada sistem operasi, selain memfokuskan kepada rekaan yang konsisten pada pelbagai bahagian dalam sistem operasi berkenaan.
Salah satu perkara yang dapat dilihat pada antaramuka yang tertiris ke web ini adalah dimana ia menggunakan rekaan sedikit lutsinar pada pelbagai aplikasi. Ini mungkin juga salah satu kaedah untuk Microsoft menyelarikan penggunaan antaramuka mereka pada HoloLens dan juga rekaan 3D yang menjadi perkara utama melalui Windows 10 Creators Update.
Selain pada penggunaan rekaan sedikit lutsinar, Microsoft juga dilihat ingin hadir dengan rekaan yang selari pada semua bahagian – selain bahagian taskbar yang turut diberikan nafas baru.
Microsoft dijangka memperkenalkan antaramuka baru ini bermula daripada kemaskini Restron 3 yang dijangka hadir lewat tahun ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jjLwgn
Post a Comment