Hi! Welcome Back and Stay Tune! 11 Tahun bekerja keras membesarkan anak-anak, DJ Lin mahu cari lelaki kaya sebagai suami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

11 Tahun bekerja keras membesarkan anak-anak, DJ Lin mahu cari lelaki kaya sebagai suami

Ramai yang skeptikal apabila penyampai radio kesayangan ramai, DJ Lin menyuarakan hasrat untuk mencari lelaki kaya sebagai calon suami.

Kejujuran pengendali segmen Suria CInta ini telah disalah erti oleh sesetengah pihak lantas melabelkanya sebagai perempuan yang materialistik.

Pelbagai kata-kata sinis dilemparkan kepadanya, tanpa mengetahui apa sebenarnya niat yang berada di hati wanita ini.

Mengenali DJ Lin, beliau seorang yang mempunyai personaliti yang menyenangkan ramai orang. Tutur katanya yang lembut serta bersopan santun pasti memikat hati sesiapa sahaja yang berdekatan dengannya.

DJ Lin sewaktu ditemubual secara eksklusif memberitahu Suria tujuan empunya badan ingin mencari lelaki yang kaya kerana sudah 11 tahun dirinya bertungkus lumus, bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak dan menyara keluarga.

“Selama hidup bersendiri selama 11 tahun, Lin sudah merasai kesakitan, kesukaran, kepayahan dan andai ditakdirkan bertemu dengan seorang lelaki, sudah tiba masanya untuk dia pula yang harus melindungi Lin, mencari rezeki dan tiba masa untuk Lin berehat pula untuk merasai keselesaan dalam kehidupan’.

Jelas DJ Lin, dia ingin memilih lelaki yang stabil dari segi kewangan kerana tidak mahu lelaki yang bakal hadir dalam hidupnya nanti hanya akan menambah beban dan duka untuk dirinya.

“kita dah puas hidup susah, Lin nak rasai kesenangan dan keselesaan. Itu yang Lin tetapkan.” Tambahnya.

Namun jangan menyangka ibu tunggal ini hanya mengejar wang dan harta benda semata-mata. Hati kecilnya masih mendambakan seorang lelaki yang mampu mencurahkan rasa cinta sepenuhnya serta mampu memikul tanggungjawab untuk menjaganya dan keluarga.

Selama 11 tahun hidup tanpa kehadiran seorang lelaki yang bergelar suami disisi, DJ Lin mengakui ada beberapa lelaki yang pernah cuba untuk mendekatinya sepanjang waktu itu. Ada juga lelaki yang jauh lebih muda yang cuba mencuri hatinya.

Tetapi tiada satu pun yang berjaya melekat dihatinya kerana mereka tiada ciri-ciri yang menepati kriterianya.

“Sebenarnya ramai yang tidak tahu, Lin mungkin nampak selalu tersenyum dan mudah didekati, tetapi sebenarnya susah untuk lelaki mengambil hati serta mendekati Lin. Mana-mana lelaki yang berjaya menawan hati DJ Lin tu kira bertuah la…” selorohnya.

Antara ciri-ciri lelaki pilhan DJ Lin ialah lelaki yang matang, romantik serta tidak panas baran.

“ Lin suka lelaki yang matang, klau boleh biarlah berumur 40 tahun ke atas. Lin juga paling pantang terhadap lelaki yang panas baran, meninggi suara serta memaki hamun terutamanya kepada wanita” terangnya.

DJ Lin juga menegaskan bahawa dirinya tidak akan sekali-kali memilih golongan selebriti sebagai pasangan hidup kerana sudah 17 tahun hidup dikelilingi selebriti.

Saat ditebak dengan soalan adakah dirinya bersedia seandainya ada lelaki kaya yang mahu menyuntingnya menjadi isteri kedua, DJ Lin menjelaskan dia akan cuba mengelak tetapi tidak mampu menolak takdir Allah yang telah ditentukan untuknya.

 

Sumber: Suria



Sumber 11 Tahun bekerja keras membesarkan anak-anak, DJ Lin mahu cari lelaki kaya sebagai suami

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pG8AVp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.