Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyanyi ‘Gangnam-Style’ kembali! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyanyi ‘Gangnam-Style’ kembali!

PENYANYI dari Korea Selatan yang popular dengan trend ‘Gangnam-Style’ dilihat sudah lama menyepi dari industri muzik membuatkan peminat tertanya-tanya ke mana hilangnya pemilik nama Psy ini.

Kali terakhir Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang, 40, muncul adalah ketika mempromosikan album ketujuhnya dengan single ‘Daddy’ dan ‘Napal Baji’.

Bagaimanapun, nampaknya penantian peminatnya sudah berakhir apabila semalam beliau memuat naik dua video muzik terbarunya bertajuk ‘I Luv It’ dan ‘New Face’ di mana dalam masa 20 jam, menyaksikan lebih 5 juta tontonan di YouTube lapor Soompi.

Menarik mengenai video muziknya itu apabila ia turut menampilkan barisan selebriti terkenal seperti Piko Taro ( PPAP), pelakon, Lee Byung Hyun (The Magnificent Seven) dan Naeun (kumpulan Apink).

Selain itu, beliau juga turut kembali dengan album kelapannya, ‘4×2=8’ yang menampilkan kolaborasi beliau bersama dengan artis-artis syarikat rakamannya, YG Entertaiment seperti  G-Dragon dan Taeyang daripada Big Bang, Lee Sung Kyung, B.i dan Bobby daripada iKon serta Tablo daripada Epik High.

Sementara itu, lagu ‘I Luv It’ nyata menepati sasaran apabila berjaya mendapat tempat teratas di kesemua carta muzik di Korea dan juga di Billboard.

Setakat ini, Psy merupakan artis paling dikenali di Korea Selatan berikutan kejayaan beliau mempopularkan tarian bentuk kuda untuk lagu ‘Gangnam-Style’nya itu.

The post Penyanyi ‘Gangnam-Style’ kembali! appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pFjDhy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.