Hi! Welcome Back and Stay Tune! Puisi sindir Mufti Perlis menang puisi Hinduisme - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Puisi sindir Mufti Perlis menang puisi Hinduisme

Seorang penyajak Islam menang anugerah puisi bertemakan Hinduisme, yang dilihat menyindir mufti Perlis.

Pertandingan sajak Hinduisme meletakkan syarat tidak menjadikan puisi mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin sebagai 'panduan'. — Foto oleh Choo Choy May

Mohd Faiz Nazim Baidilleh, puisi “Tiga”, antara tiga pemenang utama pertandingan yang dianjurkan oleh kumpulan sasterawan Kavyan (Kavyan).

Dua lagi pemenang T. Viveganandan (Maka Kau Kubentuk) dan Lee Chen Kang (Cerita Muruga) diumumkan kumpulan itu, dipimpin Uthaya Sankar SB, hari ini.

Pertandingan itu yang menarik 26 penyertaan, terbuka pada umum antara 22-30 April, dinilai panel yang diketuai penulis terkenal Faisal Tehrani.

Manakala hadiah RM800 setiap seorang pemenang utama ditaja penulis dan penerbit popular Amir Muhammad.

Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menulis puisinya, yang menyebut “penyembah lembu”, sehari sebelum pertandingan ini dibuka.

Syarat penyertaan itu antaranya “tidak menjadikan ‘puisi pagi Jumaat’ mufti Perlis sebagai panduan.”

Beliau bagaimanapun membuang puisi tersebut daripada Facebook rasminya susulan kontroversi kerana dianggap mengkritik penganut Hindu.

Menurut blog Kayvan, tiga pemenang sagu hati Pertandingan Menulis Sajak Bertema Hinduisme, dengan hadiah RM160, seperti berikut:

― Muhammad Fareed Isa (Sirna Dalam Samsara)

― Muhammad Ruzaiman Ahmad (Karma Bima Sakti)

― Renganathan Palanisamy (Kami Yang Bergelar Penganut Hindu)

Dalam laporan panel penilai, Faisal menyatakan “sungguh menggembirakan apabila puisi Melayu tidak lagi dihadkan sebagai wahana dakwah Islam.”

“Puisi Bahasa Malaysia (atau digunakan oleh sebahagian orang sebagai bahasa Melayu) tidak seharusnya terkurung dan terikat dengan satu-satu etnik atau penganut agama,” katanya di blog tersebut.

Sumber: Projek MMO



Sumber Puisi sindir Mufti Perlis menang puisi Hinduisme

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r9I9JP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.