Status Pernikahan Adi Putra Dengan Isteri Kedua Diragui?
Pengesahan lafaz cerai pelakon, Adi Putra terhadap isterinya, Norshahida Dzolkifly terpaksa ditangguh kerana pasangan itu perlu mengesahkan pernikahan mereka terlebih dahulu.
KUALA LUMPUR – Pengesahan lafaz cerai pelakon, Adi Putra terhadap isterinya, Norshahida Dzolkifly terpaksa ditangguh kerana pasangan itu perlu mengesahkan pernikahan mereka terlebih dahulu.
Adi dan Norshahida bernikah pada 20 Jun tahun lalu selepas gambar majlis pernikahan mereka tersebar di laman sosial.
Difahamkan, status pernikahan mereka diragui walaupun dikatakan diadakan di Bangi, Selangor. Apakah majlis pernikahan mereka itu menggunakan sindiket jurunikah yang tidak bertauliah memandangkan Adi sudah beristeri ketika itu?
Justeru, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, dan Norshahida hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di sini hari ini untuk membaca akad wakalah bagi pengesahan mereka.
Pada 14 April lalu, konflik rumah tangga Adi berterusan apabila pelakon itu memuat naik di laman instagram menunjukkan kiriman mesej oleh Norshahida.
Menerusi mesej itu, Norshahida mengucapkan terima kasih kepada Adi kerana menunjukkan perangainya yang sebenar.
Dia juga selalu mendoakan supaya Adi berubah namun baginya Adi tidak akan pernah berubah.
Sebelum ini, kes sebutan kali kedua permohonan penceraian isteri pertama pelakon kelahiran Singapura terus menjadi tanya apabila pelakon itu tidak hadir lagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 7 April lalu.
Kes tersebut sebelum ini ditangguhkan pada hari ini selepas Adi tidak muncul pada 31 Mac lalu.
Pada 23 Mac lalu, aktor kelahiran Singapura itu tampil mengesahkan dia sudah pun berpisah dengan kedua-dua isterinya, Aida dan Norshahida Dzolkifly.
Adi mengumumkan perkara itu menerusi laman sosial Instagramnya.
Hasrat untuk berpisah dengan Aida bukan kali pertama dilakukan kerana pada Mei 2012, pelakon terbabit pernah berbuat perkara sama.
Adi dan Aida berkahwin pada 14 April 2006. Mereka tidak dikurniakan zuriat selepas kira-kira sedekad mendirikan rumah tangga. – MalaysiaGazette
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2psLHtk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment