Jururawat lelaki dulu dihina ‘pondan’, kini jadi kebanggaan
“Pelbagai cemuhan yang diterima termasuk digelar lelaki pondan dan jambu ketika menyarung seragam jururawat tetapi selepas empat tahun berkhidmat, saya bangga menjadi seorang jururawat malah masyarakat kini menerima kewujudan kami,” kata Mohd Aswardi Mat Zin, 32.
Mohd Aswardi lepasan Diploma Kejururawatan dari Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Kuala Berang pada 2011 dan bermula sebagai jururawat selama setahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum berpindah ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 2015, serta ditugaskan sebagai jururawat bius di Dewan Bedah Umum hospital berkenaan.
“Pada peringkat permulaan, ramai yang mengaitkannya sebagai kerjaya lelaki lembut kerana sebelum ini lazimnya hanya wanita yang bertugas sebagai jururawat.
“Tetapi sejak akhir-akhir ini, jururawat lelaki kian diterima di dalam masyarakat, malah perkhidmatan kami banyak diperlukan dalam urusan menjaga dan menguruskan pesakit terutama yang membabitkan kes yang mencabar,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini dia pernah mengikuti sesi temu duga tentera dan polis, tetapi usahanya gagal sebelum mengambil keputusan untuk mengisi jawatan jururawat.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Jururawat lelaki dulu dihina ‘pondan’, kini jadi kebanggaan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q9mFPi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment