Harga Pengguna Inflasi CPI US Meleset Dari Jangkaan Pasaran
Harga pengguna US naik 0.2% pada April berbanding jangkaan kenaikan 0.3%. Data kali ini masih dilihat baik kerana meningkat dari kemerosotan yang dicatat sebelum ini. Inflasi tahunan kini berada di paras 2.2% jatuh dari 2.4% yang direkod sebelum ini dengan jangkaan kenaikan 2.3%.
Inflasi teras (Core-CPI) pula naik 0.1% di bawah jangkaan pasaran 0.2% di mana dari segi tahunan kini ia merosot kepada 1.9% dari 2.0%.
Tekanan deflasi dari harga makanan terus berkurangan dengan bulan ini harga merekod kenaikan 0.2%. Harga bahan api pula naik 1.1% berbanding sebelum ini yang merekod kemerosotan 3.2% pada Mac.
Harga perubatan pula jatuh 0.8% pada tempoh sama dan perkhidmatan perubatan tidak berubah dari bulan sebelum ini.
Jika dilihat dari data-data sebelum ini, harga pengguna CPI pada Mac lebih rendah dari jangkaan di mana ia merosot 0.3% di mana inflasi-teras susut 0.1%.
Data inflasi adalah sata yang menjadi perhatian Federal Reserve dan akan memberi impak kepada polisi yang dibuat. Pada tahap sekarang dengan data yang dikeluarkan sebentar tadi masih merekod kenaikan, Fed dijangka menaikkan kadar faedah pada Jun khususnya dengan pasaran buruh yang semakin baik.
Walaubagaimanapun, dari segi pasaran ia memberi sedikit keraguan terhadap potensi kenaikan kadar apabila data meleset dari jangkaan pasaran.
US dolar melemah sejurus data dikeluarkan dengan Usd/Jpy jatuh lebih dari 50 pip, manakala Eur/Usd menguat hampir 60 pip setakat ini.
The post Harga Pengguna Inflasi CPI US Meleset Dari Jangkaan Pasaran appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qalkr4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment