Hi! Welcome Back and Stay Tune! ADA 3 KERUSI ‘BAHAYA’, KATA GUAN ENG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ADA 3 KERUSI ‘BAHAYA’, KATA GUAN ENG

Tiga kerusi majoriti Melayu yang kini dipegang oleh PKR di Pulau Pinang dan sangat ‘diminati’ Umno menyaksikan peningkatan terbesar dalam pengundi baru, dakwa Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lim berkata, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut ialah Batu Maung, Sungai Bakap dan Penanti yang masing-masing dipegang oleh Datuk Abdul Malik Kassim, Datuk Maktar Shapie dan Dr Norlela Ariffin.

“Yang paling teruk ialah Batu Maung yang menyaksikan peningkatan sebanyak 7,000 pengundi, diikuti oleh Sungai Bakap sebanyak 4,000 pengundi dan Penanti,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang, hari ini.

Menyifatkan tiga kerusi tersebut sebagai sebahagian daripada “senarai utama” Umno, jelas Lim, beliau tidak pasti berapa ramai pengundi baru yang terdapat di Penanti tetapi berkata, keadaan keseluruhan adalah ‘mengejutkan dan membimbangkan’.
PKR hanya mempunyai 10 kerusi di DUN, manakala DAP 19 dan PAS satu. Pembangkang pula mempunyai 10 wakil rakyat dari Umno.

“Kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan persempadanan semula di Pulau Pinang telah membenarkan ini terjadi,” katanya.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qAN9H7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.