Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Adik Ipar, Tolong Jangan Jadi Batu Api Salahkan Kakak Ipar Mu' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Adik Ipar, Tolong Jangan Jadi Batu Api Salahkan Kakak Ipar Mu'


Kebelakangan ni aku tengok banyak betul luahan dari ipar-ipar (adik ipar perempuan terutamanya). Semuanya seolah hendak memburukkan (kakak) ipar masing-masing.

Yang buat aku tertanya-tanya, dorang ni takde kesedaran ke yang kakak ipar tu telah berkahwin dengan abang mereka. Mengapa tidak disebut (jarang sekalilah) tentang abang mereka di dalam confession mereka.

Pelik.

Seolah-olah semua kesalahan diletakkan dibahu kakak ipar mereka. Di mana tanggungjawab suami kakak ipar aka abang mereka ni?

Yang lagi menarik, kebanyakan adik ipar yang confess tentang kakak ipar mereka ni masih tidak berkahwin. Tahukan mereka tentang situasi rumah tangga kakak ipar & abang mereka itu? Mengapa mereka jadi begitu? Terus sahaja adik ipar ini mengandaikan macam-macam tanpa berbicara dengan abang & kakak ipar mereka itu.

Ya. Murni niat adik ipar ni kerana turut sama merasa terluka apabila melihat parents mereka diperlakukan begitu, tetapi mengapa seolah semua disalahkan ke atas kakak ipar? Mengapa mengeruhkan keadaan lagi seolah suka benar menjadi batu api, sedangkan adik-adik ini sepatutnya menjernihkan keadaan?

Tentang isu kenapa kakak ipar lebih selesa pulang/berpantang/membiarkan ibu bapa dia sendiri utk menjaga anak mereka, tahukah adik-adik ipar perempuan ini yg kakak ipar dibesarkan oleh ibu bapa mereka, bukan ibu bapa kamu. Kakak ipar cuma mengenali ibu bapa kamu baru beberapa tahun sahaja. 

Apatah lagi kalau mereka yang jenis menjaga aurat. Dalam kes sensitif seperti tidur bermalam di rumah dan sebagainya, sudah tentu mereka lebih selesa berada di rumah sendiri yang mereka tidak perlu terlalu particular tentang aurat mereka.

Yang peliknya, apabila bawa anak keluar berjumpa kawan pun disalahkan kakak ipar, apabila tinggalkan cucu denga parents juga disalahkan kaka ipar, kononnya “mendera” mak mertua, dah kahwin tak tahu jaga anak sendiri dan sebagainya.

Pelik.

Itu salah. Ini salah. Tentang perihal mengemas rumah pula, kamu adik iparlah yang terangkan kepada kakak ipar bagaimana tata cara di dalam rumah itu. Mereka mungkin mahu bertanya tetapi ingin tanya terlalu banyak, mereka segan. Ingin dibuat seperti rumah sendiri, nanti dipat juga. Segalanya tidak kena.

Tahu mengapa jarang sekali menantu lelaki ini di”complaint”? Sebab pemikiran orthodox kita juga (maafkan saya terpaksa menggunakan terma ini) yang meletakkan expectation tinggi terhadap kaum perempuan terutamanya perihal hal rumah. Sedangkan tanggungjawab adalah sama suami dan isteri, lelaki dan perempuan di dalam hal rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri juga bekerja.

Cukup senang untuk abang ipar ini mengambil hati mertua. Kebanyakannya hulur duit saja, semua sudah nampak perfect. Tidak perlu begitu begini. Sedangkan kakak ipar diletakkan tanggungjawab yang berbagai-bagai. Tinggi sungguh expectation dari semua pihak. Abang kurang menghulur duit pun kakak ipar juga disalahkan. Abang tidur bangun tengah hari, kakak ipar juga disalahkan. Abang bawa kakak ipar & anak jalan2, kakak ipar juga disalahkan. Cucu sakit pun anak perempuan disalahkan.

Aduh.

Adik-adik ipar sekalian,

Sedarlah yang kakak kamu dibesarkan oleh keluarga yang berbeza. Pembawakan yang berbeza. It takes time for them to get used to your family. It might takes months, years, decades. Don’t ever question that.

Nasihat saya kepada adik-adik ipar, sila kurangkan “complaint” tentang kakak ipar kamu. Memang senang untuk kita menyalahkan orang luar kan?

Sedangkan ia juga berkemungkinan disebabkan abang kandung atau ibu/bapa kamu sendiri. Elakkan jadi batu api. Apabila ibu kamu meluahkan kepada kamu tentang kakak ipar kamu, cuba untuk tidak memihakkan kepada siapa-siapa.

Selagi mana kakak ipar kamu tidak berlaku biadap/derhaka yang melampau, menyusahkan orang sampai tidak tertanggung, adik-adik cubalah untuk jernihkan keadaan, bukan sebaliknya.

Lagi-lagi kamu adik perempuan yang masih belum berkahwin. Kamu tidak memahami situasi apabila berada di persekitaran yang asing. Life is a learning curve. Tegur elok-elok. Cuba untuk berbincang dengan abang kamu juga instead of memburukkan kakak ipar kamu dikalangan saudara dan public. Abang kamu lebih memahami isterinya berbanding kamu.

Mungkin giliran kamu masih belum tiba maka kamu masih belum memahami.

Dan sedarlah yang abang kamu juga sudah ada keluarga dan tanggungjawab baru. Isteri dan anak2 adalah tanggungjawab utama abang kamu. They are his No. 1 responsibility once he says the akad.

Bukan adik-adik dan ibu bapa kamu lagi. Ibu bapa kamu adalah tanggungjawab bersama adik-beradik. Bukan abang itu sahaja. Takkanlah disebabkan ibu bapa telah membesarkan anak-anak mereka, ibu bapa ini mahu mengungkit seolah anak lelaki mereka ini 100% lupa akan tanggungjawab mereka? Jangan terlalu mudah menderhakakan anak kamu.

Selagi mana anak mereka masih menunaikan tanggungjawab seadanya dan semampunya, usah diungkit dan disusahkan mereka lagi dengan kerenah kamu orang tua. Sehingga menantu & cucu mereka terluka pula. Elakkan jadi terlalu sensitif. Anak kamu kini sudah punya kehidupan mereka sendiri. Bergembiralah untuk mereka, nescaya mereka juga gembira untuk menggembirakan kamu.

Adik-adik ipar & mertua,

Stop assuming things and start talking and discussing. Open your eyes and ears widely. Try to see and listen from all side and POV. Elakkan memburuk-burukkan orang lain. Maaf panjang. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri.


Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pGXQI2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.