Hi! Welcome Back and Stay Tune! Antaramuka Awal Untuk Sistem Operasi Misteri Daripada Google, Fuchsia Diperlihatkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Antaramuka Awal Untuk Sistem Operasi Misteri Daripada Google, Fuchsia Diperlihatkan

Tidak lama sebelum ini, kita sedia ketahui akan yang mana Google sedang membangunkan sebuah sistem operasi “misteri” baru yang dikenali dengan nama “Fuchsia”. Info penuh mengenai sistem operasi berkenaan masih kekal misteri, tetapi ia dilihat menyasarkan kepada peranti mudah-alih dan juga peranti berhubung.

Kini, selepas beberapa bulan sejak diketahui kewujudan sistem operasi berkenaan, pembangunannya dilihat telah bergerak setapak kehadapan. Antaramuka awal untuk sistem operasi berkenaan kini diperlihatkan oleh ArsTechnica – yang mana dilihat sangat kemas dan menggunakan konsep rekaan Cards daripada Google.

Fuchsia

Fuchsia

Antaramuka ini dikenali dengan nama Armadillo, dan dikatakan akan menjadi antaramuka utama untuk Fuchsia. Secara kasar, ia juga dilihat memfokuskan kepada rekaan yang dioptimasikan untuk skrin telefon pintar dan juga tablet.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan berkongsi secara rasmi mengenai sistem operasi baru ini, dan apakah tujuannya. Tetapi, apa yang pasti adalah pembangunannya mendapat perhatian yang tinggi – termasuk dari segi rekaan antaramukanya.

Bagi anda, adakah anda meminati rekaan antaramuka Fuchsia ini?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qUCUxx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.