Hi! Welcome Back and Stay Tune! Arab Saudi pilih Singapura, Malaysia Berputih Mata - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Arab Saudi pilih Singapura, Malaysia Berputih Mata



JEDDAH, 6 Syaaban 1438H, Rabu – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) gagal dalam bidaan untuk mengendalikan lapangan terbang baharu paling sibuk di Arab Saudi – Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz – di Jeddah, sebaliknya Changi Airport Group dari Singapura memperoleh pengendalian bagi tempoh 20 tahun akan datang.

Mengumumkannya, Menteri Pengangkutan Arab Saudi yang juga Presiden Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA), Sulaiman Al-Hamdan berkata, Changi Airport Group adalah rakan penting dan berharap ia akan mencapai matlamat yang dikehendaki.

Projek lapangan terbang baharu itu dilancarkan pada Januari 2011 dan kini sudah 88 peratus siap. Ia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini dan memulakan operasinya pada 2018, yang dijangkakan sebelum bermulanya musim haji.

Peranan Changi Airport Group akan berkuat kuasa dalam tempoh empat minggu akan datang dengan operasi dan pengurusan serta strateginya diselaraskan dengan kerjasama kontraktor iaitu Saudi Binladin Group, bagi melakukan ujian dan pentauliahan.

Penilaian terhadap semua pekerja akan dilakukan, termasuk dari segi penambahan bilangan kakitangan berikutan saiz lapangan terbang itu yang luas.

“Kami hanya menerima mereka yang berkelayakan untuk mengendalikan dan bertugas di lapangan terbang baharu itu,” kata Al-Hamdan.

Lapangan Terbang King Abdulaziz adalah lapangan terbang paling sibuk di Arab Saudi dan mengendalikan 54,547 pesawat persendirian, domestik dan antarabangsa. – Agensi

http://ift.tt/2p4NMqx



✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pavrJt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.