Ayah Rogol Anak Perempuan Berusia 8 Tahun Ditahan.
tukang potong rumput berusia 53 tahun ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes sumbang mahram terhadap anak perempuannya berusia lapan tahun di kediaman
SEORANG tukang potong rumput berusia 53 tahun ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes sumbang mahram terhadap anak perempuannya berusia lapan tahun di kediaman di Taman Desa Permai di sini.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Nor Hashim Mohamed, lelaki berkenaan ditahan susulan laporan polis oleh anak lelaki suspek berusia 13 tahun berkaitan kejadian dipercayai berlaku pada 4 Mei lalu.
Beliau berkata, anak lelaki suspek membuat laporan pada jam 4.18 petang pada 7 Mei selepas adiknya yang juga murid darjah dua mengadu mengalami kesakitan di kemaluan.
Menurutnya, lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh kurang setengah jam selepas laporan diterima dan perintah reman terhadapnya diperoleh mulai 8 hingga 14 Mei depan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
"Suspek adalah bekas banduan yang pernah menjalani hukuman penjara selama empat bulan sebelum ini atas kesalahan mencabul anak perempuan sulung pada tahun lalu.
"Suspek tinggal bersama enam anaknya manakala isterinya tinggal berasingan kerana masalah rumah tangga sejak setahun lalu.
"Kini anak bongsu suspek mendapatkan perlindungan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, hari ini.-Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qVOnvM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment