Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bermula 1 Jun ini, Denda RM250 jika merokok di taman awam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bermula 1 Jun ini, Denda RM250 jika merokok di taman awam

Bermula 1 Jun ini, individu yang merokok di taman awam seluruh negara akan dikenakan denda minimum RM250 serta merta selepas tamat tempoh penguatkuasaan pendidikan pada 31 Mei ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, langkah itu susulan daripada pewartaan pindaan Peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017 pada 1 Februari lalu.

“Sebelum 1 Jun ini, kita mengambil pendekatan memberi kesedaran dengan mendidik orang ramai melalui pengedaran risalah berkaitan kesalahan dan hanya mengeluarkan notis amaran.

“Bagaimanapun selepas 1 Jun, penguat kuasa akan terus mengeluarkan notis kesalahan kerana melanggar Peraturan 11(w) dengan denda minimum dikenakan sebanyak RM250,” katanya selepas menghadiri Program Penguatkuasaan Pendidikan Di Taman Awam Sebagai Kawasan Larangan Merokok di Taman Botanikal, di sini, hari ini.

Menurutnya, sepanjang bulan ini, sebanyak 47 notis amaran dikeluarkan Kementerian Kesihatan kepada individu yang melakukan kesalahan merokok di taman awam.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Bermula 1 Jun ini, Denda RM250 jika merokok di taman awam

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q0HjPd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.