Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cikgu Terlajak Kejam! Murid Menangis Teresak Esak Akibat Diheret Dan Dimaki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cikgu Terlajak Kejam! Murid Menangis Teresak Esak Akibat Diheret Dan Dimaki



Setiap minggu, ada sahaja isu keganasan terhadap kanak-kanak dilaporkan. Baru-baru ini, sebuah video mendedahkan seorang guru di sebuah sekolah di China mengasari anak muridnya tular di media sosial.

Shanghaiist melaporkan kejadian berlaku di sebuah sekolah rendah di Dongguan, Guangdong pada Selasa lalu apabila seorang pekerja perkhidmatan kurier kebetulan berada di lokasi merakamkan detik kekerasan itu berlaku

Menerusi video itu, guru wanita terbabit menyeret dan menarik rambut seorang murid dengan kasar. Apabila pekerja kurier itu berdepan dengan guru itu, wanita terbabit berpura-pura seolah-olah kanak-kanak berkenaan adalah anaknya selain menyuruh pekerja tersebut menjaga tepi kainnya sendiri. Sementara itu, kanak-kanak terbabit dilihat menangis teresak-esak diperlakukan sedemikian.


"Saya nak balik rumah!" jeritnya menyebabkan pekerja kurier itu tidak mempercayai dakwaan guru terbabit, lalu melaporkan kejadian kepada pihak sekolah.

Berikutan itu, guru terbabit digantung perkhidmatannya sementara berada dalam siasatan. Tindakan guru terbabit dikecam keras netizn yang menonton video berkenaan.

"Teruknya. Apa hak guru itu berkelakuan sebegitu?" komen netizen.

Terdahulu, seorang ibu mengamuk dan membelasah seorang guru di sebuah tadika swasta selepas mendapati guru di situ mengasari anaknya.

Isu kekerasan terhadap kanak-kanak bagaikan tidak berkesudahan. Bilalah manusia akan sedar keganasan dan kekerasan bukan penyelesaian kepada semua masalah.



Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pbRWh3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.