Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dasar Perlindungan Perdagangan Akan Menjejaskan Ekonomi! : William Dudley - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dasar Perlindungan Perdagangan Akan Menjejaskan Ekonomi! : William Dudley

Perlindungan perdagangan merupakan “jalan akhir” yang membolehkan Trump meraih sokongan politik tambahan, namun tindakan ini sudah tentu akan menjejaskan ekonomi AS.

William Dudley, iaitu Ketua Fed New York dalam satu ucapan di Bursa Saham Bombay tidak menujukan ucapan beliau secara langsung kepada presiden terbabit. Namun begitu, tindakan menghalang perdagangan dikatakan akan menjejaskan pertumbuhan dan taraf kehidupan di Amerika Syarikat, termasuk seluruh dunia.

Menurut sekutu rapat Pengerusi Fed Janet Yellen itu, dasar perlindungan jika dinilai secara sempit, ia sebenarnya berpotensi memberi ganjaran kepada ekonomi dalam jangka pendek.

Walau bagaimanapun, jika dilihat secara meluas, dasar perlindungan mampu untuk merosakkan keseluruhan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Fed merupakan badan bebas tetapi bertanggungjawab kepada Kongres. Kebanyakan pegawai Fed juga akan mengelak untuk menjawab mengenai dasar fiskal manakala sebahagian lagi menyatakan sokongan kepada dasar perdagangan terbuka walaupun Trump sejak awal-awal lagi memperjuangkan prinsip “America First”.

Menurut White House, tawaran perdagangan sering mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan buat pekerja Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat yang terutamanya terlibat di dalam sektor perkilangan yang terjejas akibat globalisasi. Sejak 25 tahun yang lalu, perdagangan telah berkembang untuk mewakili kira-kira 57 peratus daripada pengeluaran global berbanding 40 peratus sebelum itu.

Dudley juga sempat mengatakan bahawa kita sekarang berada di “persimpangan yang penting” yang mana isu-isu perdagangan boleh merosakkan kesihatan ekonomi bagi jangka panjang, termasuklah produktiviti dan peluang ekonomi kepada rakyat Amerika.

Adakah Perjanjian OPEC Akan Dilanjutkan Melebihi Bulan Jun?

The post Dasar Perlindungan Perdagangan Akan Menjejaskan Ekonomi! : William Dudley appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pE6Iws

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.