Data Ekonomi Yang Positif Membantu Memulihkan Sentimen Matawang Gergasi
US Dollar dinilai pada kadar stabil pada hari Jumaat berikutan dagangan berhati-hati oleh kebanyakan pelabur menjelang mesyuarat pegawai-pegawai kewangan bahagian ekonomi utama dunia hujung minggu ini. Mesyuarat ini dikatakan bakal memberi petunjuk mengenai isu perdagangan dan matawang.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang US Dollar berbanding matawang utama yang lain ddagang sedikit berubah kepada 99.53. USD/JPY pula didagang pada 113.87 manakala AUD/USD merosot sebanyak 0.04 peratus dalam sesi ini.
Menteri-menteri kewangan dan gabenor bank pusat dari negara G7 dijadual akan bertemu di Itali bagi membincangkan pelbagai isu, khususnya yang berkait rapat dengan perdagangan.
Semalam, US Dollar didagangkan melebihi breakeven berbanding matawang utama yang lain pada Khamis apabila tindakan pemecatan Pengarah FBI, James Comey terus mempengaruhi sentimen semasa.
Data inflasi dan tuntutan pengangguran juga mengimbangi sentimen apabila dikeluarkan positif semalam.
Indeks harga pengeluar yang mengukur bacaan inflasi dicatat meningkat sebanyak 0.5 peratus pada bulan April berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 0.2 peratus.
Dalam laporan berasingan, Jabatan buruh melapaorkan bahawa laporan tuntutan pengangguran aal menurun sebanyak 2,000 pekerjaan kepada 236,000 pada minggu berakhir 6 Mei, di bawah anggaran ekonomi.
Bilangan individu di Amerika Syarikat yang memefailkan insurans pengangguran menurun kepada paras terendah dalam tempoh 28 tahun kerana didorong oleh jangkaan kenaikan kadar oleh Fed bagi bulan Jun.
Bacaan terkini Fed rate monitor tools menunjukkan bahawa pelabur kini meletakkan jangkaan sebanyak 80 peratus berbanding 63 peratus pada minggu sebelum ini.
Sentimen Pasaran Pada Permulaan Sesi Dagangan Baru Hari Ini
The post Data Ekonomi Yang Positif Membantu Memulihkan Sentimen Matawang Gergasi appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pEID9N
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment