Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gambit Saifullah dah jumpa hala tuju - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gambit Saifullah dah jumpa hala tuju

Kembali aktif dalam industri seni, Gambit Saifullah mengakui lebih bersikap terbuka dalam memilih watak.

Pun begitu, pelakon utama drama bersiri Shh…I Love You ini akan berusaha untuk mengimbangi antara kehendak industri dan kepuasan diri.

“Saya tak kisah diberi watak apa saja, sama ada yang baik atau jahat walaupun melalui naskhah yang lebih ringan.

“Cuma, saya akan memilih daripada segi segi karakter atau shooting komitmen.

“Saya tak suka memberi janji kepada sesuatu benda yang tak boleh dilakukan,” katanya pada Kakigosip ketika ditemui pada siri jelajah bas #dramasangat, baru-baru ini.

Pernah dilabel sebagai pelakon bermasalah, bintang filem Karipap-karipap Cinta ini bagaimanapun menanam azam baru

demi meneruskan kerjaya dalam bidang seni.

“Alhamdulillah, saya dah jumpa hala tuju saya dan ia sangat jelas yang saya akan fokus pada bidang lakonan, selepas ini.

“Tapi, itu bukan bermakna saya akan tinggalkan bidang pengarahan sebaliknya ia perlu bergerak seiring.

“Inilah diri saya dan saya tak pernah menyesal di atas apa-apa yang berlaku sebelum ini,” katanya yang kini sibuk mempromosikan drama lakonannya, Shh…I Love You.

Bersedia menempuh pelbagai cabaran, pelakon drama Kau Laksana Bulan ini juga percaya kepada rezeki ALLAH SWT.

“Saya tahu saya suka tolak tawaran berlakon dulu, tapi saya percaya kepada rezeki.

“Saya yakin, pasti ada sebab tertentu mengapa saya bertindak sedemikian dulu,” katanya.

Sebelum ini, Gambit atau nama sebenarnya, Mohd Saifullah Rosli menghilangkan diri daripada industri seni lebih dua tahun.

Kini, pelakon berusia 32 tahun ini kembali aktif di persada seni selepas muncul dalam beberapa drama seperti Isteri Tuan Ihsan dan filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng, sejak setahun lalu.

The post Gambit Saifullah dah jumpa hala tuju appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pBvBfG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.