Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gurauan TMJ Tentang Ghaddar Buat Penyokong Kelantan Tak Senang Duduk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gurauan TMJ Tentang Ghaddar Buat Penyokong Kelantan Tak Senang Duduk

GARA-GARA satu kenyataan yang dikeluarkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan pemain import kesayangan Kelantan,

GARA-GARA satu kenyataan yang dikeluarkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan pemain import kesayangan Kelantan, Mohammed Ghaddar, penyokong pasukan Kelantan mula tidak senang duduk.
Kenyataan berbaur gurauan sinis itu dikeluarkan Tengku Ismail atau TMJ, dalam satu perjumpaan dengan penyokong pasukan Johor Darul Takzim, pada Ahad.
Beberapa video tersebar di laman sosial memaparkan penasihat diraja JDT itu mengeluarkan kenyataan berbunyi "Orang suruh jual Ghaddar, tak nak" mengundang rasa risau penyokong Kelantan.
Di beberapa laman Facebook tidak rasmi pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) itu, penyokong menggesa pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), agar tidak memandang ringan kenyataan itu.
Ini kerana, kata peminat, tidak mustahil untuk Ghaddar berubah hati dan menyertai pasukan lain jika KAFA tidak menjaga kebajikan pemain prolifik Liga Super itu.
Kebimbangan itu ada asasnya berdasarkan beberapa masalah dalaman yang dialami KAFA semenjak kebelakangan ini.
Bagi penyokong JDT pula, biarpun menyedari kehebatan Ghaddar, namun ramai berpendapat membeli penyerang dari Lubnan itu bukan sesuatu yang perlu buat masa ini, dan pasukan mereka sebenarnya masih mampu menunjukkan taring dengan pemain sedia ada.
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini menegaskan tidak berminat untuk melayan permohonan mana-mana pihak untuk membeli pemain berusia 33 tahun itu.
Beberapa media sebelum ini melaporkan Ghaddar menjadi rebutan banyak pasukan termasuk yang berstatus lima bintang, dengan reputasinya sebagai penjaring terbanyak Liga Super setakat ini.

Buat masa ini, Ghaddar telah menjaringkan 18 gol dalam 12 perlawanan.-Astro AWANI


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2punvTj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.