Hi! Welcome Back and Stay Tune! Info! Ni Sebabnya Kenapa Kena Tutup Mangkuk Tandas Sebelum Mengepam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Info! Ni Sebabnya Kenapa Kena Tutup Mangkuk Tandas Sebelum Mengepam

Info! Ni Sebabnya Kenapa Kena Tutup Mangkuk Tandas Sebelum Mengepam


Hakikatnya, tandas adalah tempat yang paling jijik untuk dijejaki. Anda mungkin tak dapat melihat betapa banyaknya kuman yang berada di segenap ruang dalam kawasan tandas tersebut dengan mata kasar tetapi jika anda mampu melihatnya, anda pasti akan naik gila dan tandas adalah tempat terakhir yang anda mahu masuk.

Lebih-lebih lagi tandas awam yang dikongsi dengan orang ramai. Eww!

Demi menyedarkan anda semua, Kami jelaskan mengapa setiap individu wajib menutup mangkuk tandas terlebih dahulu sebelum mereka mengepam.
Untuk pengetahuan semua…
Apabila seseorang mengepam tandas, air berpusar yang bantu menarik masuk najis itu kemudiannya akan bercampur lalu menghasilkan partikel halus yang tidak nampak dengan mata kasar -menyembur ke atas dan tersebar ke udara.
Tanpa disedari, anda sebenarnya telah diliputi ‘semburan najis’ sebaik keluar dari tandas jika anda pengepam tanpa menutup mangkuk tandas terlebih dahulu.
Gelinya!
Philip Tierno, seorang pakar mikrobiologi di New York University berkata, “‘Semburan najis’ itu boleh menjangkau sehingga 15 kaki tinggi.
“Jadi adalah lebih baik untuk membina kedudukan mangkuk tandas yang rendah, lebih-lebih lagi jika tandas itu diguna secara berkongsi dengan orang ramai,” tambahnya.
Dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Applied Microbiology pada tahun 1975 pula, ia mendapati bahawa kuman-kuman yang tersisa selepas anda membuang air boleh hidup dan melekat di dalam permukaan tandas untuk jangka masa yang lama walaupun sudah dipam banyak kali.
Kuman dari sisa buangan itu hanya akan hilang jika ia dicuci dan diskrub menggunakan berus dan sabun.
Jaga-jaga kerana ‘semburan najis’ yang terhasil ketika proses mengepam itu boleh merebak dan tersebar ke seluruh bahagian dalam tandas berkenaan termasuklah lantai bilik air, dinding, malah berus gigi anda yang disimpan tanpa bertutup!
Walau bagaimanapun, kuman dari ‘semburan najis’ tersebut hanya boleh memberi efek kepada kesihatan manusia jika ia termasuk ke dalam rongga mulut. Jadi, sila simpan berus gigi anda di tempat lain (mungkin di luar kawasan tandas) agar ia sentiasa terpelihara dari hinggapan kuman najis seperti almonella and shigella mahupun virus norovirus dan hepatitis A.
Sumber : wanista.com


via Bin Usrah SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qcGUJ0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.