Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video lagu lucah Slumber Tetek Ze Rebelle dikecam teruk netizen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video lagu lucah Slumber Tetek Ze Rebelle dikecam teruk netizen

Bukan dari luar negara, pendatang baharu dunia seni tempatan, Ze Rebelle muncul bersama kontroversi dengan nyanyian lagu berunsur lucah melampau Slumber Tetek.

Image result for slumber tetek

Ze Rebelle

Lagu bergenre elektro pop itu memaparkan imej seksi dengan menayang payudara dan punggung selain terkandung mesej kurang senonoh.

Malah lirik-lirik lagu itu juga menggunakan perkataan bersifat mencarut, memaki dan lucah.

Judul lagu itu pula menggantikan perkataan payudara dalam slanga urban iaitu Slumber Tetek.

video nyanyian Ze Rebelle itu bagaimanapun sudah ditonton lebih 200,000 kali sejak dimuat naik pada 16 Mei lalu di Facebooknya, Ze Rebelle.

REAKSI NETIZEN

Hal itu secara tidak langsu membuka peluang kepada netizen untuk meluahkan pandangan tersendiri yang kebanyakannya negatif.

“Dia lupa mse dia lahir kedunia, mak ayah dia la insan yg pling gembira. main cak cak.. tepuk amai amai.. selawat nabi kat dia.. mandikan dia.. setiap hari mak dia doa anak sihat membesar jdi insan solehah.. sebelum buat video, kenang dlu budaya agama, dan apa yg mak ayah kita ajar.. kalau xsyg diri sendiri, syg la mak ayah dlu..,” tulis Muammar Shahmir.

“From Siti Nurhaliza to this… how far malaysian musik industry has fallen…albeit the skankiness of the singer, the song and lyrics itself is horrendous..she makes Rebecca Black’s ‘Friday’ sounds like a Grammy-winning song…,” tulis Ali Fadli Mohd.

Namun, ada juga netizen yang menyokong tindakan Ze Rebelle dan menyamakan lagu itu dengan lagu-lagu Barat yang turut terkandung mesej dan perkataan lucah.

Ada juga yang menyamakan lagu tersebut dengan lagu Friday nyanyian Rebecca Black.

“Hancur industri muzik youtube macam ni lmao! Makes me reminisce the autotune days of Rebecca Black lol. This song is so ugly I would pay to stop it from gettibg viraled, BEFORE it was uploaded that is,” tulis Siti Akie Atka.

” You made the random songs we sing and play when bored out of our minds and ACTUALLY made it. If there’s one comment – haters gonna hate anyways so why not do it all the way!” tulis Jasdev Singh.

SIAPA ZE REBELLE

Menerusi sumber tertentu, Ze Rebelle pernah menyertai rancangan Malaysian Idol pada tahun 2015 dan membintangi iklan McDonalds bersama Lisa Surihani pada 2002.

Nama asal Ze Rebelle pula ialah Sarah Zainal. Terdahulu dia pernah menggunakan nama Saer Ze ketika awal pembabitan dalam dunia seni.

Penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur itu juga pernah mengeluarkan album berjudul SHAMELESS pada tahun 2005.

Lagu Slumber Tetek pula dimuatkan dalam album terbaharunya, UNIVERZE.

 

Sumber: Astro Gempak



Sumber Video lagu lucah Slumber Tetek Ze Rebelle dikecam teruk netizen

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qLtw1f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.