Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terpulang kepada k'jaan Kelantan ambil tindakan isu peletakan jawatan wakil rakyat PKR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terpulang kepada k'jaan Kelantan ambil tindakan isu peletakan jawatan wakil rakyat PKR

KLANG: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata terpulang kepada kerajaan negeri Kelantan untuk mengambil tindakan berhubung isu peletakan jawatan lantikan politik PKR di negeri itu.

Ini susulan keputusan PKR pada 16 Mei lepas yang mengarahkan semua lantikan politik daripada parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka serta-merta berikutan keputusan PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR.

"Saya tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dan percaya perkara ini (peletakan jawatan) boleh diselesaikan secara baik antara kerajaan negeri dan pimpinan PKR Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan kunci rumah program Skim Smart-Sewa di sini pada Selasa.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata parti itu memberi kebebasan sepenuhnya kepada anggota PKR sama ada untuk meletak jawatan atau kekal berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

Takiyuddin berkata ia terpulang kepada pemegang jawatan masing-masing walaupun mesyuarat Biro Politik PKR mengarahkan mereka supaya meletakkan jawatan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPyyY0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.