Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Raja Salman Pun Salam Wanita Bukan Muhrim' - Gambar Raja Arab Saudi Bersalaman Dengan Melania Trump Cetus Pendapat Berbeza Netizen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Raja Salman Pun Salam Wanita Bukan Muhrim' - Gambar Raja Arab Saudi Bersalaman Dengan Melania Trump Cetus Pendapat Berbeza Netizen


Gambar Raja Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud yang bersalaman dengan wanita pertama Amerika Syarikat Melania Trump mencetuskan pelbagai pandangan dari netizen termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. 

Dalam satu status yang dimuat naik melalui akaun laman mikro Twitternya, beliau menulis:

"Penjaga Dua Masjid Suci menyambut Mrs Trump. Dan kita telah menghentikan salam antara dua jantina,"

Beliau menulis tweet itu secara sindiran yang merujuk kepada amalan sesetengah individu di Malaysia yang tidak mahu berjabat tangan dengan mereka yang berlainan jantina. 

Di Arab Saudi, bersentuhan termasuk bersalaman antara lelaki dan wanita bukan muhrim adalah dilarang. Oleh itu, gambar Raja Salman dan Melania itu menjadi tajuk utama di seluruh dunia dan dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza. 

Dua portal berita The Telegraph dan USA Today mendakwa Melania dan anak perempuannya Ivanka Trump tidak memakai tudung semasa lawatan ke Arab Saudi dan menjadi isu kerana Donald Trump pernah mengkritik bekas wanita pertama Michelle Obama sebagai tidak sensitif kerana tidak memakai tudung ketika membuat lawatan yang sama. 

"Ramai orang memuji keputusan Mrs Obama yang enggan memakai tudung di Arab Saudi, tetapi ia satu penghinaan. Kita sudah mempunyai cukup musuh," tulis Trump di Twitter.


Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qcLh6Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.