Instagram Kini Membolehkan Anda Menyembunyikan Gambar Dari Profil
Instagram pada minggu ini dilihat telah menambah sebuah ciri baru pada aplikasi mudah-alih mereka, iaitu kebolehan untuk mengarkib gambar. Melalui ciri ini, pengguna boleh memilih sebarang gambar, dan seterusnya pada pilihan menu, memilih untuk mengarkibnya.
Dengan pilihan mengarkib sesuatu gambar, gambar tersebut akan disembunyikan daripada tontonan umum, dan hanya boleh diakses oleh anda sahaja. Fungsi ini mungkin sangat berguna kepada pengguna aktif Instagram, dimana anda tidak lagi perlu memadam gambar-gambar lama yang tidak disukai – sebaliknya boleh menyimpan ia untuk tatapan anda pada masa akan datang.
Fungsi ini sedang diperkenalkan secara berperingkat dan diaktifkan mengikut akaun. Melalui percubaan kami, beberapa akaun kami telah menerima fungsi ini, dan ada yang belum lagi – walaupun menggunakan fail aplikasi yang sama.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q7cg7S
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment