Inventori Minyak US Berkurang Buat Kali Keenam Berturut-Turut, Harga Minyak Melonjak!
The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di AS melaporkan inventori minyak mentah yang berkurangan sebanyak 1.8 juta tong pada minggu berakhir 12 Mei berbanding kemerosotan 5.2 juta tong yang dicatatkan sebelum itu.
Jangkaan kepada data kali ini ialah pengurangan 2.5 juta tong yang jauh lebih tinggi berbanding data sebenar kali ini.
Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.
Kejatuhan inventori kali ini merupakan kejatuhan minggu keenam berturut-turut seperti yang dilaporkan oleh EIA. Sebelum ini data API melaporkan peningkatan inventori di US sebanyak 882,000 tong pada minggu berakhir 12 Mei.
Harga minyak mentah global di bawah tekanan semasa sesi Eropah pada Selasa. Masih ada kebimbangan kepada lebihan bekalan sehinggalah data EIA diumumkan sebentar tadi.
Sejurus saja data dikeluarkan sebentar tadi, harga minyak mentah global melonjak dari hampir $1 dari paras terendah $48.8 setong (WTI). Manakala (Brent-oil) meningkat dari $51.74 kepada $52.69 setong.
The post Inventori Minyak US Berkurang Buat Kali Keenam Berturut-Turut, Harga Minyak Melonjak! appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qwjC1s
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment