Hi! Welcome Back and Stay Tune! Puteri Jepun Bakal Lucut Semua Gelaran Diraja Untuk Berkahwin Dengan 'Lelaki Pantai' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Puteri Jepun Bakal Lucut Semua Gelaran Diraja Untuk Berkahwin Dengan 'Lelaki Pantai'

Seorang puteri Jepun akan melucutkan semua gelaran dirajanya apabila berkahwin dengan seorang pekerja untuk pelancongan pantai yang ditemuinya di sebuah restoran.

Puteri Mako, cucu kepada emporer Jepun, akan berkahwin dengan kekasihnya, Kei Komuro, yang dikatakan boleh bermain ski, violin dan memasak.

Lelaki yang memenangi hati puteri itu merupakan bekas pelajar di International Christian University di Tokyo, universiti sama puteri Mako, 25, bergraduasi.

Sejurus sahaja mereka berkata 'saya setuju', Mako akan kehilangan statusnya sebagaimana yang tertakluk dalam tradisi Jepun.

Pasangan itu bertemu di sebuah restoran di Shibuya, Tokyo, lebih kurang lima tahun lalu di sebuah parti untuk berbincang mengenai belajar di luar negara, dan semenjak dari itu, mereka kerap berjumpa.

Komuro telah bekerja sebagai 'putera pantai' untuk mempromosi pantai-pantai pelancongan Shonan di Kanagawa, lapor NHK.

Sebaik sahaja mereka berkahwin, Mako tidak lagi bergelar puteri tetapi orang awam.

Menurut NHK juga, Mako telah memperkenalkan Komuro kepada ibu bapanya, dan mereka bersetuju.

Sumber: DM



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qsoGGo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.