Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kecoh!! Rupanya Ini Sebab Sebenar David Teo Ditampar Depan PM Najib Razak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kecoh!! Rupanya Ini Sebab Sebenar David Teo Ditampar Depan PM Najib Razak


KUALA LUMPUR: Berlaku kekecohan pada program TN50 sebentar tadi apabila pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) Datuk David Teo ditampar pelakon veteran Sulaiman Yassin (atau lebih dikenali sebagai Mat Over) dipercayai kerana bersikap ‘kurang ajar’ di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kejadian berlaku ketika beliau bertanyakan soalan pada sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan), di Dewan Bankuet, Seri Perdana, di sini, malam ini.

Kejadian berlaku ketika David bertegas mahu bertanyakan soalan kepada moderator dialog iaitu pelakon Datuk Rosyam Nor.

Personaliti TV terkenal, Datuk Aznil Nawawi yang berada di tempat kejadian menceritakan situasi yang berlaku di lokasi kepada Astro AWANI. 

"Saya duduk di belakang Datuk Seri Najib. Kami agak terperanjat. 

"Ia berlaku secara tiba-tiba. Mungkin ada amarah tersimpan lama dan dihuraikan di situ, apabila David bangun dan meminta kebenaran untuk bercakap, melalui pengacara dialog iaitu Rosyam Nor.

"Tiba-tiba dalam proses untuk mendapatkan kebenaran untuk bercakap, menyuarakan pendapat, kepada perdana menteri Mat Over yang datang daripada arah belakang saya, berjalan dengan tangkas ke hadapan melintasi orang ramai," tambah Aznil.

Beliau berkata ketegangan berlaku apabila Mat Over menampar muka David Teoh.

"Semua yang berada di dalam program itu berada dalam keadaan terkejut. Perdana Menteri pun berada dalam keadaan terkejut.

"Namun Rosyam cuba mengawal keadaan tersebut dengan baik," tambah Aznil.

Selepas insiden tersebut, Aznil berkata Mat Over dan David Teoh telah dibawa keluar daripada dewan itu.

Sumber: Astro Awani


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qRN6tT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.