Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kapal Kargo Elektrik Dengan Pelayaran Automatik Akan Beroperasi Seawal 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kapal Kargo Elektrik Dengan Pelayaran Automatik Akan Beroperasi Seawal 2018

Sebuah kapal kargo yang beroperasi selama setahun menghasilkan jumlah pencemaran yang setanding dengan 50 Juta kereta. Ini meletakkan kapal kargo sebagai kenderaan yang paling mencemarkan alam sekitar. Di Norway, sebuah kapal kargo elektrik sedang dibangunkan oleh syarikat Yara. Ia turut akan dilengkapi sistem pelayaran automatik.

Yara Birkeland ialah kapal pertama di dalam kelasnya dan mensasarkan memulakan operasi seawal 2018. Pada awalnya ia akan dikendalikan oleh anak kapal manusia sebelum berubah kepada pelayaran automatik menjelang 2020. Kapal ini akan digunakan sebagai ganti kepada lori treler yang menghantar barangan kimia dan baja ke kilang milik Yara. Penggunaan kapal kargo elektrik akan mengurangkan pencemaran udara yang dihasilkan oleh lori sedia ada.

Projek Yara Birkeland bukanlah satu-satunya di dunia. Pihak Roll Royce juga pernah memperlihatkan konsep kapal kargo kawalan jauh yang dikawal anak kapal di atas darat beberapa tahun yang lalu. Selain mengurangkan kos operasi, pelayaran automatik akan mengurangkan kemalangan akibat kelalaian anak kapal. Di masa hadapan, kelasi kapal juga akan menjadi antara pekerjaan yang bakal pupus kerana automasi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r7MvB3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.