Hi! Welcome Back and Stay Tune! KISAH ISTERI MENYESAI MINTA CERAI DENGAN SUAMI YANG TIDAK PANDAI MEMASAK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KISAH ISTERI MENYESAI MINTA CERAI DENGAN SUAMI YANG TIDAK PANDAI MEMASAK



Seorang isteri yang sudah tidak tahan dengan sikap suaminya kerana sejak dari berkahwin 6 tahun yang lepas suaminya langsung tidak pernah dan tidak pandai memasak.


Si Isteri sangat cemburu dengan kawan-kawannya yang lain kerana telah berkahwin dengan lelaki yang rajin dan pandai memasak. Si isteri sering mengadu, menceritakan dan membuka aib suaminya kepada kawan-kawan sehinggakan dia ditertawakan.

Setelah si isteri sah bercerai dengan suaminya, anak-anak mereka yang seramai 3 orang telah dijaga oleh bekas suaminya dan si isteri pulak telah berkahwin dengan seorang lelaki yang rajin dan pandai memasak.

Cukup indah dan bahagia kehidupan si isteri di awal perkahwinan, dia tidak perlu memasak dan setiap hari dia dapat makan sedap-sedap yang dimasak oleh suami barunya.

Namun setelah mereka telah dikurniakan 3 orang anak, si isteri mula terkenang dan rindu akan bekas suami pertamanya. Setiap malam dia menangis dan terasa sedih kerana telah bercerai dengan suami pertamanya.

Dia juga sangat menyesal kerana telah membuka aib dan memalukan bekas suaminya kepada kawan-kawannya dulu.

Baca juga :



Si isteri sudah sedar, walaupun suami pertamanya langsung tidak pandai memasak namun kerja-kerja lain seperti membasuh dan menjemur kain, mencuci piring, membersihkan rumah, memandikan anak-anak, menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah, membeli barang keperluan rumah, menguruskan hal ehwal kereta, membayar bil-bil rumah, melipat kain, setereka baju anak-anak, membersihkan halaman rumah dan lain-lain dibuat oleh bekas suaminya berbanding dengan suami barunya yang hanya rajin dan pandai memasak tetapi kerja-kerja lain langsung tidak pernah dibuatnya.

Menyesal pun tidak ada guna… Bekas Suaminya sudah milik wanita lain…

Kisah ini bukanlah bermaksud hanya ditujukan kepada mereka yang bergelar isteri sahaja tetapi ianya juga kepada Suami-Suami serta pasangan-pasangan yang baru bercouple yang ada di Luar Sana…

Hargailah insan tersayang dan syukuri kelebihan yang ada pada pasangan anda kerana dalam dunia ini tidak ada yang sempurna. Pejam Kelip

Sekian dulu cerita ini….


✍ Sumber Pautan : ☕ PEJAM KELIP

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pXUbYj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.