Lebih Ramai Kini Menggunakan WhatsApp Status Berbanding Snapchat
Facebook sebelum ini telah mengintegrasikan fungsi seumpama Snapchat Stories pada pelbagai aplikasi mereka, termasuk pada WhatsApp awal tahun ini. Kini, melalui perkongsian penyata kewangan terkini, Facebook turut berkongsi angka pengguna untuk fungsi yang dinamakan WhatsApp Status berkenaan, dimana ia telah mencapai lebih 175 juta pengguna aktif setiap hari.
Angka ini dilihat sedikit lebih tinggi berbanding dengan Snapchat sendiri, yang mana menjadi terawal untuk mempopularkan fungsi berkenaan.
WhatsApp sedia digunakan ramai pengguna seluruh dunia, dan dengan integrasi fungsi baru pada tab berasingan ini, ia lebih menarik pengguna menggunakannya daripada perlu memasang sebuah aplikasi baru seperti Snapchat secara berasingan.
Selain WhatsApp Status, Facebook turut pernah berkongsi sebelum ini, dimana angka pengguna Instagram Stories adalah lebih tinggi daripada Snapchat Stories itu sendiri.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qGLf77
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment