Lomography Menghasilkan Neptune – Set Lensa Lomo Untuk Kamera Digital
Kamera Lomo adalah amat popular di kalangan peminat seni fotografi analog. Kamera kompak mereka mengambil gambar dengan kesan artistik yang unik. Tetapi kerana ia masih menggunakan filem, sukar untuk melihat gambar yang diambil di atas talian. Oleh itu Lomography menghasilkan set lensa Lomo untuk digunakan pada kamera digital.
Set lensa Neptune ini terdiri daripada tiga lensa iaitu Thalassa (35mm), Despina (50mm) dan Proteus (80mm). Kesemua lensa juga menyokong beberapa piring apertur pelbagai bentuk untuk kesan khas bokeh tersendiri. Neptune menyokong kamera digital yang dihasilkan oleh Canon, Nikon. Leica. Pentax, Sony dan Olympus. Buat masa ini mereka masih mengumpulkan dana menerusi Kickstarter dan Neptune boleh dipesan pada harga bermula $640 (~RM 2782).
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZZisl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment