Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menteri Kewangan Kanada Atur Pertemuan Dengan Wakil AS Bagi Membincangkan Isu Perdagangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menteri Kewangan Kanada Atur Pertemuan Dengan Wakil AS Bagi Membincangkan Isu Perdagangan

Salah seorang pegawai kanan kewangan kelmarin mengatakan bahawa Menteri Kewangan Kanada, Bill Morneau dijadual akan mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin ketika mesyuarat G7 di Bari, Itali minggu ini mengenai isu pembiayaan infrastruktur perdagangan di dalam satu perbincangan dua hala.

Topik dagangan seperti produk tenusu dan kayu halus dijangka akan menjadi tumpuan di dalam perbincangan tersebut memandangkan isu tersebut merupakan isu hangat yang melibatkan Kanada dan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri Justin Trudeau dilihat berada di dalam tekanan untuk melindungi pekerjaan rakyat Kanada selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memaksa rundingan semula NAFTA.

Isu perdagangan bukanlah agenda rasmi di dalam pertemuan mesyuarat menteri-menteri kewangan dan bank pusat dari negara kumpulan G7, namun, isu ini masih akan dibincangkan sebagai sebahagian daripada cara untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan lebih meluas.

Washington bulan lalu telah mengeluarkan arahan eksekutif untuk mengenakan ke atas produk import kayu Kanada. Tindakan yang didakwa tidak adil oleh Trudeau ini telah menyebabkan Perdana Menteri tersebut ingin menimbangkan larangan eksport arang batu AS melalui Pelabuhan Pasifik.

Isu perdagangan dikatakan telah dibincangkan dengan lebih meluas ketika pertemuan Menteri Kewangan G20 yang akan diadakan di Baden Baden, Jerman pada Mac lalu apabila kebanyakan menteri berjanji untuk mengekalkan dasar perdagangan bebas.

Satu kenyataan rasmi juga dijangka akan dikeluarkan selepas mesyuarat akan datang terutamanya yang berkaitan dengan exchange rate dan juga perjanjian bagi mengekalkan pendirian di dalam mesyuarat yang lepas.

Jangkaan Kenaikan Kadar Pada Bulan Jun Mula Memperlahankan Rentak Logam Berharga

The post Menteri Kewangan Kanada Atur Pertemuan Dengan Wakil AS Bagi Membincangkan Isu Perdagangan appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q1dgqG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.