Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Memperkenalkan Windows 10 S – Memfokuskan Kepada Pengguna Di Sekolah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Memperkenalkan Windows 10 S – Memfokuskan Kepada Pengguna Di Sekolah

Microsoft hari ini telah mengadakan sebuah acara khusus memfokuskan kepada pendidikan, dan padanya, gergasi perkomputeran berkenaan telah pun melancarkan Windows 10 S – sebuah sistem operasi baru yang memfokuskan kepada penggunaan di sekolah dan institusi pendidikan.

Windows 10 S dilihat lebih kepada seperti kelahiran semula Windows RT. Microsoft mengatakan sistem operasi ini boleh menjalankan sebarang perisian yang ditawarkan melalui Windows Store. Memandangkan ia lebih ditujukan kepada pengguna pendidikan, ia lebih masuk akal kerana institusi pendidikan boleh mengawal apa yang dipasang serta memastikan sekuriti adalah selamat.

Windows 10 S

Windows 10 S

Daripada demonstrasi yang dipertontonkan, Windows 10 S boleh dilog masuk dengan lebih pantas berbanding Windows 10 Pro – kerana pemprosesan yang dijalankan adalah lebih terhad berbanding kebiasaan.

Pengenalan Microsoft ini dilihat seperti jawapan kepada Chromebook yang semakin popular di kalangan pengguna di sekolah – termasuk di Malaysia.

Melengkapkan Windows 10 S adalah dimana Microsoft mengatakan mereka menawarkannya secara percuma kepada sekolah dengan lesen Windows Pro, selain turut menawarkan Minecraft untuk pendidikan secara percuma, Office 365 untuk pendidikan, dan juga Microsoft Teams.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p4HvvN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.