Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rezeki Bertambah Sejak Mula Bertunang – Joy Revfa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rezeki Bertambah Sejak Mula Bertunang – Joy Revfa

Isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa mengakui rezekinya lebih murah selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 22 Mac lalu.

Joy, 30, berkata, selain peningkatan pengikut di media sosial, perniagaan kosmetiknya Merve juga semakin mendapat sambutan.

“Alhamdulillah, sejak bertunang lalu rezeki kami mencurah-curah. Selain pengikut lebih ramai dan peniagaan kosmetik saya juga lebih dikenali.

“Namun, itu bukanlah tujuan saya berkahwin dengan dia (Hafiz), kami ingin membina sebuah keluarga yang diberkati,” ujarnya .

Terdahulu, Hafiz selamat bergelar suaminya kepada Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Masjid Negeri Shah Alam, pada Isnin.

Joy sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

Dalam pada itu, ditanya tentang persediaannya bergelar isteri selebriti, Joy berkata, dia sedia untuk mengharunginya bersama.

“Saya sendiri sering dikritik di laman sosial, jadi tidak ada masalah tentang itu. Orang yang mengkritik itu sebenarnya memberi perhatian kepada kehidupan kami,” ujarnya.

Sementara itu, Hafiz berkata, dia belum ada perancangan tentang anak, sebaliknya  ingin membesarkan anak tirinya bersama-sama.

Bagaimanapun, dia tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

“Kami belum fikir tentang anak lagi, buat masa sekarang saya ingin bersama-sama isteri membesarkan anaknya iaitu Arryan,” ujarnya.

Pasangan ini bakal berbulan madu di Taiwan pada minggu depan selain merancang untuk menunaikan umrah.

The post Rezeki Bertambah Sejak Mula Bertunang – Joy Revfa appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pU95Qs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.