Hi! Welcome Back and Stay Tune! Misi seorang jururawat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Misi seorang jururawat

Bayangan dendam silam serta memperjuangkan hak golongan tertindas, itulah inti pati pementasan teater Misi: Demi Nafas Yang Tidak Pernah Lega di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya (UM) pada 8 Mei lalu.

Karya novelis Faisal Tehrani ini dipilih sebagai subjek Penilaian Projek Pelajar Tahun Akhir (PRODAK), Jabatan Drama, Pusat Kebudayaan, UM membabitkan pelajar tiga jurusan iaitu Pengarahan (Adeeq Amalyna), Lakonan (Arif Piee) dan Pengurusan (Wanny Sahwahid).

Panel penilai dalaman terdiri daripada Dr Rosdeen Subuh (lakonan), Dr Marlenny Deenerwan (pengarahan) dan Dr Indra Utama (pengurusan).

Penilai luar pula Namron dan Zulkifli Rashid manakala Elezaa Zainuddin sebagai penyelia produksi.

Teater Misi adalah sebuah naskhah berkonsepkan karma yang mengambil kira isu kemanusiaan di dalamnya.

Gambaran ini diperlihatkan menerusi karakter Engku Daffa lakonan Arif dan Azman (Megat Adli). Kuasa dan wang lambang keangkuhan Engku Daffa manakala Azman yang bertugas sebagai jurarawat mahu melunaskan misi membalas dendam.

Cukup hanya tampil dengan pentas yang ringkas, fokus penonton terarah kepada monolog dan lakonan Arif sebagai Engku Daffa.

Dia mampu melontarkan dialog dengan baik malah emosinya dapat dirasai penonton. Megat pula hanya bertindak sebagai teman lakon bagi pementasan ini.

Kerasian mereka memantapkan persembahan ini. Bahkan, penonton tidak berganjak sehingga penghujung cerita dan turut menjerit panik dalam beberapa babak yang ditampilkan.

Engku Daffa hartawan lumpuh yang hebat dalam ilmu perniagaan. Dia dikagumi kerana kebijaksanaannya dan meraih kejayaan dalam tempoh singkat.

Azman, jururawat peribadi Engku Daffa adalah lulusan Kolej Kejururawatan Engku Daffa dan dipilih kerana mahir menguruskan pesakit lumpuh.

Misi yang dimaksudkan tercetus kerana Azman sudah lama berdendam dengan Engku Daffa yang menindas ibunya sewaktu bekerja di rumah hartawan itu.

Di sebalik kejayaan yang dikecapi, Engku Daffa suka menindas orang sekelilingnya berikutan tidak dipedulikan keluarga sejak kecil.

Sikap tidak berhati perut Engku Daffa itu mengundang padah apabila Azman membunuhnya.

Adeeq Amalyna berkata, dia mengambil cabaran mementaskan cerita ini bagi menterjemahkan mesej yang disampaikan melalui Misi.

“Misi adalah jururawat yang mempunyai ‘misi’ dan ia bukanlah ingin mengaitkan pekerjaan itu semata-mata.

“Jalan ceritanya sangat menarik perhatian saya kerana sangat dekat masyarakat dan twist plotnya memberi impak kepada pembaca serta penonton,” katanya.

Menurutnya, moral cerita ini sangat menarik apabila setiap perkara dilakukan akan menerima balasan setimpal.

“Walaupun pihak di sana salah, kita tidak seharusnya bertindak melulu tanpa usul periksa kerana ia hanya merugikan diri sendiri,” katanya yang meminati karya berunsur tragedi dan psycho-killer.

Sementara itu, Arif berkongsi rasa gembira kerana pementasan berjalan lancar seperti yang dirancang.

“Saya buat apa yang pengarah minta dan bersyukur apabila dia berpuas hati dengan apa yang ditampilkan.

“Tak dinafikan watak Engku Daffa sangat berat dan mendalam tetapi saya dapat banyak bantuan daripada pengarah malah pensyarah jabatan drama juga banyak membantu,” katanya.

Arif berkata, dia memahami watak dan ia memudahkannya mengekspresikan lakonan di atas pentas.

“Saya zahirkan karakter hartawan yang angkuh dan buta hati kerana harta tetapi isunya bukan itu semata-mata. Dia sebenarnya kesepian kerana tak dapat kasih sayang ibu bapa.

“Dari kecil Engku Daffa menagih kasih sayang orang tuanya. Dia dilayan dengan teruk ketika kecil dan situasi menyedihkan itu membentuk peribadinya,” katanya.

Katanya, perkara yang paling sukar ketika berlakon ialah mencari emosi sebagai Engku Daffa untuknya melontarkan dialog dengan berkesan.Eleeza menyifatkan pementasan ini berjaya mengetengahkan bakat baru dalam bidang pengurusan, pengarahan dan lakonan.

“Mereka baru pertama kali meneroka dan mencuba pementasan umum berskala besar. Usaha gigih mereka membuahkan kejayaan,” katanya.

The post Misi seorang jururawat appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qb00A4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.