MUDAHKAH MAAFKAN DR M, NAZIR TANYA NURUL IZZAH
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini ditanya mengenai hubungannya dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad oleh Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Abdul Razak, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang ingin ditumbangkannya.
Nazir duduk di barisan hadapan semasa Nurul Izzah berucap mengenai evolusi politik beliau pada Forum Economi Dunia (WEF) di Phnom Penh.
Pada akhir ucapannya, Nurul mula menerima soalan dan turut bertanya kepada Nazir sama ada beliau mempunyai sebarang soalan yang mendorongnya untuk bertanya: “Bolehkah anda berkongsi sedikit mengenai pertemuan pertama anda dengan Mahathir selepas segala-galanya, adakah begitu mudah untuk memaafkannya?”.
Nurul Izzah menjawab dengan mengatakan bahawa kali pertama matanya bertentang dengan Mahathir adalah detik yang amat sukar.
“Anda bercakap tentang hampir 20 tahun yang berlalu, bertahun lamanya berulang alik ke penjara untuk melawat ayah saya.
“Tetapi, saya fikir kita harus memahami bahawa anda mungkin membenci lelaki kerana tindakannya, kini anda perlu sedari kewujudannya.
“Bagi saya, saya mengalu-alukan semua untuk menjadi sebahagian daripada agenda reformasi selama mana mereka jelas bahawa tidak ada justifikasi untuk apa-apa jenis diktator atau autokrasi,” tambah ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r5TM3D
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment