Hi! Welcome Back and Stay Tune! NVIDIA Menunjukkan Konsep Realiti Maya Berbilang Pengguna Di GTC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NVIDIA Menunjukkan Konsep Realiti Maya Berbilang Pengguna Di GTC

Minggu ini, NVIDIA sedang mengadakan acara tahunan GPU Technology Conference (GTC) dimana syarikat tersebut mengumumkan pelbagai jenis teknologi dan konsep baru yang menggunakan teknologi pemprosesan grafik mereka.

Salah satu konsep menarik yang ditunjuk sewaktu acara GTC ini ialah sebuah sistem komputer yang mampu menggerakkan bukan satu, bukan dua, tetapi empat unit headset realiti maya pada masa yang sama.

Tidak banyak butiran mengenai binaan konsep ini yang diperkatakan, kecuali ianya menggunakan empat unit kad grafik NVIDIA Quadro P6000, yang menggerakkan empat mesin maya yang seterusnya menggerakkan empat unit HTC Vive Business Edition dan teknologi penjejak HTC Lightroom.

Menurut pihak NVIDIA, konsep realiti maya berbilang pengguna ini hanyalah sebuah konsep prototaip buat masa sekarang untuk menunjukkan kemampuan kad-kad grafik Quadro. Walaupun penggunaannya lebih menjurus kepada mereka di sektor bisnes, pendidikan dan ketenteraan, tidak mustahil satu hari nanti kita boleh lihat berbilang pengguna menggunakan headset realiti maya ini di satu tempat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q39NYQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.