Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakaman Video Pekerja Restoran Dipukul Majikan Jadi Tular, Mangsa Buat Laporan Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakaman Video Pekerja Restoran Dipukul Majikan Jadi Tular, Mangsa Buat Laporan Polis


KAJANG – Satu rakaman video yang memaparkan seorang pekerja restoran dipukul oleh majikannya jadi tular di media sosial sehinggakan mencetuskan kemarahan netizen.

Memetik laporan Sinar Harian, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, pada Sabtu lalu, mangsa dikatakan sedang bekerja telah ditampar di muka oleh dua lelaki dan salah seorang daripada mereka adalah anak saudara kepada majikannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa telah dilemparkan kata-kata ugutan, mangsa juga dikatakan pernah dipukul oleh majikannya tetapi tidak membuat sebarang laporan polis sebelum ini.

Menurutnya lagi, punca kejadian itu adalah disebabkan kerana mangsa dikatakan tidak mengikut arahan majikannya semasa menjalankan tugasnya.

Mangsa pergi ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan akibat dipukul dan difahamkan sehingga kini tiada sebarang kecederaan serius yang dialami oleh mangsa, jelasnya.

Beliau turut menjelaskan, tujuan mangsa membuat laporan polis kerana rakaman video kejadian berkenaan telah tular di media sosial serta menjadikan kemarahan orang ramai setelah menonton video berkenaan.

Pihak polis juga telah pun mengenal pasti kedua-dua individu yang terlibat dalam kejadian kerana memukul mangsa. Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qYG1og

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.