Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar India diarah buka coli depan orang ramai sebelum duduki ujian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar India diarah buka coli depan orang ramai sebelum duduki ujian

Seorang pelajar perempuan di India mendakwa dia diminta menanggalkan coli di khalayak ramai oleh pihak sekolah yang bimbang penipuan dalam peperiksaan, beberapa minit sebelum menduduki ujian penting, lapor AFP.

Pelajar perempuan diarah buang coli sebelum ujian

Pihak berkuasa mengeluarkan arahan ketat berkaitan kod pakaian untuk menangani penipuan sebelum menduduki ujian kemasukan kolej perubatan terkemuka India.

Namun, peraturan itu tidak menyebut coli dalam senarai pakaian dilarang tahun ini yang merangkumi pakaian gelap, lengan penjang, kerongsang, lencana, kasut tertutup dan stokin.

Pelajar yang tidak didedahkan identiti memberitahu media, dia berada di pusat peperiksaan di Kerala pada Ahad apabila pengesan logam berbunyi ketika dia melalui pemeriksaan keselamatan untuk memasuki ujian.

“Ketika itu, mereka memberitahu, saya tidak akan dibenarkan memasuki dewan peperiksaan jika tidak menanggalkan pakaian dalam dan memandangkan cangkuk coli diperbuat dari logam, saya menangalkannya dan memberikan kepada ibu yang sedang menunggu di luar,” kata pelajar itu memberitahu NDTV News Network.

Gadis itu dipetik The Times of India sebagai berkata, dia hilang keyakinan dan berasa tidak tenang selepas diminta menanggalkan coli di depan orang ramai.

Sementara itu, ibu bapa pelajar lain turut mendakwa, anak perempuan mereka turut diminta membuang butang pada seluar jeans selepas dikesan alat pengesan logam.

“Dia kembali kepada saya dan memberitahu, butang seluarnya perlu dibuang kerana dikesan alat pengesan logam. Saya segera membuangnya.

“Saya kemudian pergi ke kedai kira-kira tiga kilometer dari pusat peperiksaan dan membeli pakaian baru untuknya selepas kedai dibuka,” kata bapa itu kepada NDTV.

Dalam pada itu, pengetua sekolah berkata, pihaknya tidak mengetahui mengenai insiden berkenaan namun mengakui sekolah tersebut tertakluk kepada peratuan  yang ditetapkan.

“Kami mempunyai arahan jelas iaitu jika pengesan logam mengeluarkan bunyi, tiada siapa yang dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan dan pelajar diminta untuk membuang apa sahaja yang dimiliki,” kata Jalaluddin K.

Menipu di dalam peperiksaan adalah perkara biasa di India malah ada yang sanggup memberi rasuah untuk membeli kertas ujian.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Pelajar India diarah buka coli depan orang ramai sebelum duduki ujian

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qUPrQC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.