Pelajar Perempuan Diarah Tanggal Coli Elak Meniru.
Seorang pelajar di India mendakwa dipaksa menanggalkan coli di hadapan ramai oleh pihak berkuasa sekolah sebagai langkah menangani gejala meniru dalam peperiksaan.
NEW DELHI: Seorang pelajar di India mendakwa dipaksa menanggalkan coli di hadapan ramai oleh pihak berkuasa sekolah sebagai langkah menangani gejala meniru dalam peperiksaan.
Pihak berkuasa mengeluarkan kod etika berpakaian yang ketat untuk mengekang gejala penipuan meluas dalam ujian kemasukan ke kolej perubatan yang terkemuka di India.
Namun penggunaan coli tidak tersenarai dalam larangan yang dikenakan seperti pakaian gelap, baju lengan panjang, lencana, kerongsang, kasut tertutup dan sarung kaki.
Namun pelajar tersebut yang enggan namanya didedahkan memberitahu media bahawa dia berada di pusat ujian di Kerala pada Ahad ketika alat pengesan logam berbunyi ketika pemeriksaan dilakukan.
"Pada masa itu, mereka memberitahu saya tidak boleh memasuki dewan peperiksaan jika tidak menanggalkan coli kerana cangkuk itu diperbuat daripada besi.
"Jadi saya menanggalkannya sendiri dan memberikan kepada ibu saya yang sedang menunggu di luar dewan," kata pelajar itu.
Pelajar itu dipetik The Times of India sebagai berkata dia hilang keyakinan dan gagal mengawal perasaan ketika diminta menanggalkan coli di hadapan orang ramai.-mStar Online
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pv8YGV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment