Pembantu kedai dobi noda budak dijel 5 tahun
Ampang: Tindakan keji seorang pembantu kedai dobi merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dikenali menerusi aplikasi Wechat menerima padah apabila dia dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Ilham Mohamad Ariffin, 22, selepas tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan kepadanya.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 5 Julai tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun lima bulan di sebuah kondominium di Bandar Baru Ampang, di sini, pada 1 Julai tahun lalu.
Terdahulu, peguam S Purnima yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan anak guamnya hukuman ringan atas alasan tertuduh tidak mengetahui mangsa berusia 12 tahun selain memohon tertuduh tidak disebat.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzlin Abd Zawawi memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh dengan mengambil kira umur mangsa yang masih mentah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p9Vv7w
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment