Hi! Welcome Back and Stay Tune! Prinsip 3 serangkai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Prinsip 3 serangkai

Putrajaya: Wala’ adalah prinsip utama yang perlu mendasari pemerintahan dalam sesebuah negara bukan hanya sekadar teori atau konsep ilmiah semata-mata.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, prinsip ini perlu digabungkan wasatiyyah dan tabayyun iaitu menyelidiki dulu berita dengan teliti sebelum mempercayai dan membuat keputusan untuk menyebarkannya.

“Pada masa sama ia mesti difahami, ditafsir, diamal, dilaksana dan berlaku secara harmoni melalui gabungan prinsip tiga serangkai yakni Wala’-Wasatiyyah-Tabayyun.

“Barulah akan terjelmanya satu ‘equilibrium’ atau kitaran sempurna antara pemimpin dan yang dipimpin untuk kelangsungan sebuah negara bangsa yang mendambakan kemajuan serta kejayaan hakiki menurut tafsiran agama Islam suci iaitu Al-Falah di dunia dan di akhirat,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian dan Makan Malam Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017-Fiqh Wala’ Dan Taat: Peranannya Dalam Mensejahterakan Negara, malam tadi.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Penasihat Agama Perdana Menteri merangkap Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) Tan Sri Dr Abdullah Md Zin dan Pengarah IWM Datuk Mohd Yusof Din.

Wala’ adalah nilai seperti cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, memberi taat dan bai’ah yang wajib diberikan kepada seseorang pemimpin yang sah dan institut kepimpinan yang dijunjung.

Najib berkata, wala’ dalam pengertian yang lebih besar, bukan saja memperincikan mengenai soal taat setia yang tidak berbelah bahagi.

“Tetapi apabila diamalkan dengan prinsip tiga serangkai iaitu, Wala’-Wasatiyyah-Tabayyun, ia membawa maksud kita menyeru kepada mereka yang tersilap langkah untuk kembali ke pangkal jalan.

“Orang tua lama juga ada menyebut, janganlah sampai nasi menjadi bubur, sudah terhantuk barulah tergadah. Saya kira, apabila setiap seorang daripada kita memahami sedalam-dalamnya prinsip tiga serangkai ini, biar apa pun cabaran dan dugaan yang mendatang, sebagai ummah kita pasti akan terus teguh berdiri mencapai tahap ummah cemerlang atau Khayra Ummah yang disegani oleh kawan dan lawan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, Malaysia adalah kerajaan berimbang, bersederhana, adil, saksama dan tidak bersifat diktator melampau sehingga boleh menimbulkan keterlaluan dan ketaasuban membuta tuli yang membawa kepada fahaman atau ideologi ekstrem.

Katanya, seperti berlaku di beberapa pelusuk dunia, ada dalam kalangan umat Islam terjerumus ke kancah salah tafsir konsep jihad misalnya ancaman berbahaya IS dan Daish sehingga sanggup bertindak di luar kepompong syura atau demokrasi dengan mengguling kerajaan sah dipilih oleh rakyat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News

Kredit kepada pemilik laman asal dan untuk meneruskan bacaan di laman asal sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oZ0I64

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.