Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rezeki Ezzaty - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rezeki Ezzaty

PELAKON Ezzaty Abdullah gembira hasratnya untuk menimang cahaya mata lebih awal terlaksana apabila dia kini disahkan hamil 10 minggu.

Ezzaty, 27, ketika dihubungi berkata, dia sendiri tidak menyangka sudah hamil kerana tidak ada tanda-tanda ke arah itu sebelum ini.

“Jika diikutkan saya mahu hamil selepas saja berkahwin, namun belum rezeki sehinggalah saya dan suami mengerjakan umrah pada Januari lalu. Ketika itu juga masih tiada tanda dan rezeki untuk kami,” kata isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini.

Bercerita mengenai keadaan dirinya, Ezzaty berkata, setakat ini dia tiada sebarang alahan atau mabuk teruk seperti wanita hamil yang lain.

“Setakat ini saya masih boleh bekerja seperti biasa, cuma kadang-kadang apabila cuaca terlalu panas saya rasa tidak selesa dan perut akan menjadi kejang. Bagaimanapun, kata doktor itu hanya perkara biasa bagi wanita hamil seperti saya.

“Saya kini memperlahankan aktiviti seni dan hanya terbabit dengan penggambaran telefilem saja kerana ia tidak mengambil masa yang lama,” katanya.

Ezzaty berkata, selepas Aidilfitri dia akan menghabiskan penggambaran sebuah filem berikutan sudah lama mengikat kontrak dan selepas itu dia akan berehat hingga bersalin.

The post Rezeki Ezzaty appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r7wgnw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.