Samsung Galaxy Note 7 Mungkin Dijual Semula Seawal Penghujung Bulan Ini
Masalah yang melanda Samsung Galaxy Note 7 menjadi bualan pengguna tahun lalu. Ia mengakibatkan peranti ditarik semula dari pasaran atas langkah keselamatan. Bagi yang masih mendambakan phablet ini, Samsung telahpun mengesahkan akan menjualnya semua di beberapa pasaran terpilih.
Laporan dari Korea Selatan kini menjangkakan Note 7 akan kembali ke pasaran pada penghujung bulan ini atau awal bulan Jun. Ini adalah kerana phablet dengan stylus ini sedang menjalani ujian di badan pensijilan Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Ini menandakan tarikh jualan sudah hampir dekat.
Galaxy Note 7 yang bakal dijual semula ini akan membawakan beberapa perubahan kecil pada spesifikasi. Kapasiti bateri dikurangkan ke 3200 mAh dan menggunakan Android Nougat.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pEy4mU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment