Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sentimen Pasaran Forex Setakat Petang Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sentimen Pasaran Forex Setakat Petang Ini

Pasaran saham Asia majoritinya ditutup rendah mengikuti trend yang berlaku di Wallstreet di mana S&P 500 dan Dow Jones hampir tidak berubah.

Indeks saham Australia ASX 200 susut 0.5%, manakala Nikkei 225 merosot 0.1%.

Dalam pasaran forex, US dolar masih meneruskan pengukuhan sesi Isnin dengan indeks US dolar kekal berada di atas paras 99.00. Ini menyebabkan pasangan matawang utama seperti Eur/Usd dan Gbp/Usd berada dalam penurunan.

Aud/Usd menjunam selepas data jualan runcit yang dikeluarkan pagi tadi menunjukkan jualan di Australia merosot 0.1% berbanding jangkaan pasaran kenaikan 0.3%.

Pasaran komoditi pula masih bergerak di sekitar harga penutup Isnin selepas komen terbaru dari OPEC tentang potensi pelanjutan pemotongan bekalan sehingga sembilan bulan atau lebih.

Dalam sesi Eropah tidak banyak data yang mampu menggerakkan pasaran forex dan pemain pasaran dilihat memberi perhatian kepada pasaran bon US.

Eur/Usd terus didagang rendah dalam sesi ini dan sedang menguji paras harga 1.0900 dan terdapat potensi permintaan di sekitar harga ini. Pasaran sedang menunggu pemangkin (catalyst) terbaru yang akan menyokong Euro walaupun pasaran lega dengan kemenangan Macron.

Matawang Gbp akan berhadapan dengan penetapan polisi monetari Bank of England minggu ini untuk kita melihat kecenderungan matawang ini sama ada menguat atau melemah.

Penguatan dolar Kanada sejak lewat minggu lepas banyak disumbang oleh sentimen pasaran minyak mentah global. Kini Usd/Cad masih cenderung bergerak ke bawah dengan sentimen positif komoditi ini.

Akhir sekali, pasaran hari ini akan melihat perkembangan terbaru dalam data inventori minyak mentah API dan juga komen terbaru dari Presiden The Fed Rosengren dan Kaplan.

The post Sentimen Pasaran Forex Setakat Petang Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pqZ9cj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.