Hi! Welcome Back and Stay Tune! Skuad negara jumpa Korea Utara di Pyongyang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Skuad negara jumpa Korea Utara di Pyongyang

Sinar Harian
fam
KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan bahawa Malaysia akan menentang Korea Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang pada 8 Jun.

Keputusan itu dicapai berikutan pengesahan Persatuan Bola Sepak  Malaysia (FAM) bahawa tidak ada sekatan perjalanan dikenakan kerajaan.
Pasukan Malaysia pada mulanya dijadual bermain menentang Korea Utara di Stadium Kim Il-sung di Pyongyang pada 28 Mac tetapi kerajaan melarang pasukan itu berlepas ke sana, atas sebab-sebab keselamatan.

Pada 6 Mac, FAM diberitahu oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai keputusan kerajaan melarang pasukan kebangsaan daripada bermain di  Pyongyang berikutan pengusiran duta besar Korea Utara ke Malaysia.
FAM telah meminta supaya venue berkecuali dipilih setelah berlaku ketegangan antara Kuala Lumpur dan Pyongyang ekoran pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ptbf5r

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.