Hi! Welcome Back and Stay Tune! Stesen minyak bakal lingkup gara-gara harga minyak turun 3 minggu berturut-turut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Stesen minyak bakal lingkup gara-gara harga minyak turun 3 minggu berturut-turut

PENURUNAN harga minyak dalam tempoh tiga minggu terakhir ini menyebabkan pengusaha stesen minyak mengalami kerugian sehingga ada yang mungkin terpaksa mengambil keputusan menamatkan perniagaan.

Stesen minyak bakal lingkup?

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz ketika menjelaskan kepada China Press, pengusaha stesen minyak biasanya menjual minyak petrol dan diesel mengikut kadar harga pembelian.

“Namun masalah yang berlaku kepada pengusaha stesen minyak pada hari ini ialah stok lama yang dibeli mereka dengan harga lebih tinggi perlu dijual harga murah apabila harga diturunkan.

“Adalah mustahil bagi sesebuah stesen minyak dapat menghabiskan bekalan stok lama dalam tempoh beberapa hari. Secara purata, RON95 memerlukan empat hingga lima hari untuk dijual sehingga habis, manakala RON97 memerlukan masa lebih daripada seminggu,” katanya.

Menurut Khairul Annuar, sekiranya harga minyak dan diesel menurun secara berterusan, ini bermakna pengusaha stesen minyak terpaksa menanggung perbezaan harga antara masa pembelian dan penjualan kepada pengguna.

Dalam pada itu, seorang pengusaha stesen minyak memberitahu, apabila harga minyak terus menurun dan ditambah pula ketidakstabilan harga minyak dunia, ia akan menyaksikan lebih banyak stesen minyak sukar meneruskan operasi perniagaan masing-masing.

“Bagi jualan minyak, kadar keuntungan yang diperoleh hanyalah lebih kurang 10 sen untuk setiap liter manakala diesel pula ialah enam sen untuk setiap liter. Sama ada harga naik atau jatuh, kadar keuntungan ini tetap kekal sampai bila-bila.

“Sekiranya harga minyak jatuh, selain terpaksa tanggung kos operasi, semua pengusaha stesen minyak juga tertekan dengan kerugian yang dialami akibat perbezaan harga ketika pembelian dengan penjualan kepada pengguna,” katanya.

Mengenai promosi memberi diskaun kepada pengguna, beliau berkata, semua pengusaha stesen minyak wajib membuat permohonan awal kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk kelulusan.

“Proses mendapatkan kelulusan mengadakan promosi diskaun daripada kementerian tentunya memakan masa. Harga minyak berbeza-beza setiap minggu, macam mana nak buat promosi bila kerajaan lambat meluluskannya?,” soalnya.

Sumber: Sinar Harian



Sumber Stesen minyak bakal lingkup gara-gara harga minyak turun 3 minggu berturut-turut

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZD6hQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.