Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tak boleh bercinta! Kami macam adik-beradik” – Wany Hasrita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tak boleh bercinta! Kami macam adik-beradik” – Wany Hasrita

Penyanyi baharu, Wani Hasrita menyangkal dakwaan sedang bercinta dengan penyanyi, Sedalam-Dalam Rindu iaitu Tajul.

Memetik laporan mStar online, Wany mengaku selasa berkawan dengan penyanyi itu dan menyifatkan hubungan mereka seperti adik-beradik.

“Bercinta dengan Tajul? Tak boleh! Kami macam adik-beradik. Kami selesa bersama-sama sebagai kawan,” katanya.

Jelas bakal graduan dalam bidang Sains Perubatan di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) Shah Alam itu, pada masa ini dia masih belum mempunyai teman istimewa termasuk dalam kalangan rakan artis.

“Tak ada, saya belum bercinta dengan sesiapa. Namun saya tak boleh ulas lebih mengenai jodoh, mungkin esok saya jatuh cinta dengan seseorang, siapa tahu?” katanya.

Sebelum ini Tajul, 19, pernah menyatakan bahawa Wany, 25, yang popular dengan lagu Menahan Rindu mempunyai ciri-ciri wanita idamannya.

Malah Tajul juga menyatakan dia tidak kisah jika peminat mula ‘menjodohkan’ mereka terutamanya selepas pasangan itu digandingkan dalam sebuah lagu duet berjudul Disana Cinta Disini Rindu.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharu, Wany tersenarai sebagai Top 5 bagi kategori artis baharu popular dan penyanyi wanita popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 3.0.

The post “Tak boleh bercinta! Kami macam adik-beradik” – Wany Hasrita appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qjXNFk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.