Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tutorial Lengkap Macam Mana Nak Uruskan Perbelanjaan Bulanan Guna WhatsApp..Baca & Sebarkan.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tutorial Lengkap Macam Mana Nak Uruskan Perbelanjaan Bulanan Guna WhatsApp..Baca & Sebarkan..


Senang je nak rekod perbelanjaan setiap hari tanpa bawa pen dan kertas. Saya belajar dari Azizi Ali bahawa pentingnya kita rekodkan belanja setiap hari.

Azizi Ali namakannya Money Tracker. Mula-mula tu macam agak susah untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis. Tapi saya dapat idea sendiri, sangat mudah. Idea ni menyebabkan saya dan Aimi Nazihah berjaya amalkan sampai hari ni.

Caranya macam ni, kita semua kan selalu pegang handphone. Macam dah keperluan jadinya. Mana-mana pun tengok handphone. Jadi, buat satu group whatsapp. Ahlinya suami dan isteri sahaja. Letak nama group Money Tracker. Tiap kali lepas makan, beli atau belanja apa-apa, tulis dalam group whatsapp tu :

  • Makan tengahari -8.00
  • Minyak kereta -50.00
  • Parking -1.00
  • Bil letrik -78.00
  • Econsave -45.50
  • Laptop -1450.00
  • Ali bayar hutang +300.00
  • Bonus +500.00

Simbol ( – ) adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar. Simbol ( + ) adalah sebagai pendapatan atau duit masuk.

Dalam whatsapp kan ada tarikh bila kita tulis. Jadi, hujung bulan kita boleh semak balik perkara berikut :

  • Berapa duit kita dah belanja
  • Bila tarikh kita belanja
  • Apa yang kita belanja
  • Belanja lebih bajet atau tak
  • Apa yang terlebih bajet

Kesannya, kita akan tahu belanja setiap bulan terlebih kat mana supaya lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.

Tips ni pun boleh buat untuk benda lain juga. Kalau nak simpan resepi, location, nak buat senarai tugasan, senarai barang nak beli, cuma buat group whatsapp suami isteri dan tulis la apa saja dalam group whatsapp tu untuk simpanan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: FB Nik Mohd Fahmi


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pBLZwv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.